LAPORAN PROJEK INTERPRETASI SERENTAK (HBT 307) AUDIO BOOK PINOCHIO
Oleh
SIVANESWARI A/P MUNIANDY


1. PENGENALAN
Latar Belakang
Kumpulan Projek Tahun Akhir HBT 307 ini terdiri daripada Fawzana binti Masuan, Nor Aini binti Mohamed Radzi dan diri saya Sivaneswari a/p Muniandy. Kumpulan kami telah memilih ‘audiobook’ sebagai projek kami kerana kami berasa ‘audiobook ‘ merupakan satu bidang yang baru di Malaysia dan bilangan ‘audio book’ dalam Bahasa Malaysia sangat kurang. Maka kami ingin mengambil peluang ini untuk mempelajari untuk mengahasilkan ‘audiobook’ . Tajuk ‘audiobook ‘ kami ialah ‘PINOCHIO’ yang merupakan satu cerita kanak-kanak. Teks asal buku cerita ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Tujuan kami memilih buku cerita kanak-kanak ialah supaya kami dapat menghasilkan satu ‘audiobook’ bagi kanak-kanak supaya ia lebih mudah jika mereka dapat dengar jika dibandingkan dengan membaca buku cerita. Kami juga telah memjadikan kumpulan sasaran kami kanak-kanak kerana kami ingin menghasilkan satu ‘audiobook’ yang berbentuk santai dan bahasanya mudah difahami.

Cerita Pinochio ini merupakan satu cerita dongeng yang berkisar tentang sebuah patung kayu yang bernama Pinochio. Patung tersebut telah dicipta oleh seorang pengukir kayu iaitu Gapetto. Gapetto seorang tua yang hidup keseorangan dan dia ingin mencipta Pinochio untuk menjadi temannya. Pinochio ingin menjadi seorang kanak-kanak namun, dia terpaksa mengikut arahan Si Pari-pari Biru (penjaga Pinochio) yang menyuruhnya menjadi seorang budak yang baik dan menolong Gapetto. Kenakalan Pinochio telah membuatkannya dia mengalami beberapa kesusahan dan akhirnya dia telah disumpah menjadi seekor keldai. Namun, akhirnya Pinochio sedar akan kesilapannya dan dia hidup bahagia bersama Gapetto.



2. Objektif
Kami telah memilih buku cerita kanak-kanak Pinochio ini kerana ia merupakan satu cerita yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan daripada penghasilan ‘audio book’ ini akan membantu kanak-kanak di Malaysia untuk lebih memahami cerita tersebut. Laporan ini membincangkan tentang kaedah, pendekatan, dan proses terjemahan yang telah digunakan dalam penghasilan ‘audio book’ ini dan masalah-masalah yang dihadapi juga telah dikupas dengan selanjutnya.

3. Kaedah & Masalah
Terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan oleh ahli kumpulan kami semasa menghasilkan ‘audio book’ ini. Antaranya:
3.1 Pertama kami telah memilih buku cerita yang serba ringkas kerana memudahkan kanak-kanak memahami dan tidak terlalu bosan semasa mendengar.

3.2 Kemudian kami telah menjalankan proses terjemahan. Proses ini memakan masa yang agak panjang jika dibandingkan dengan proses suntingan. Ini adalah kerana, pada mulanya kami menggunakan kaedah literal untuk menterjemahkan dan seterusnya kami telah mengubah suai susunan perkataan dan struktur ayat mengikut kesesuaian dalam bahasa Malaysia.


3.3 Selepas itu kami telah memilih gambar-gambar Pinochio yang sesuai untuk dijadikan susunan bagi rakaman video kami. Pada mulanya kami ingin memilih gambar daripada laman sesawang tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam buku cerita yang telah kami pilih dengan gambar-gambar yang ada dalam laman sesawang. Maka kami mengambil keputusan untuk mengambil semula gambar-gambar dalam buku cerita kami dan muat naik dalam video supaya susunan gambar Pinochio tepat dengan jalan ceritanya. (lihat beberapa gambar dalam 3.3.1)

3.4 Seterusnya, kami merakam suara kami mengikut watak-watak yang wujud dalam cerita Pinochio. Antara wataknya ialah, Gappeto, Pinochio, Sang cengkerik, Si Pari-pari Biru, Burung Merpati, Sang Kucing dan Sang Serigala. Semasa memilih watak ini juga kami terpaksa pilih mengikutu kesesuaian suara ahli kumpulan kami. Oleh sebab ahli kumpulan kami hanya terdiri daripada 3 orang, maka seorang ahli mengambil lebih daripada 2 watak. Semasa merakam suara pula , kami terpaksa memilih tempat yang jauh daripada orang kerana takut akan ada gangguan bunyi. Maka kami telah meminjam bilik perseorangan rakan kami untuk membauat rakaman suara. Kami hanya membuat rakaman suara pada lewat malam sahaja supaya tiada gangguan bunyi. Dan akhirnya kami berjaya menghasilkan satu rakaman suara bagi ‘audiobook’ Pinochio kami dengan penuh nada dan intonasi.


3.5 Selepas siap rakaman suara dan memilih gambar, kami telah mula untuk menyunting rakaman kami mengikut susunan awal cerita. Pada mulanya kami telah menggunakan Power Link Cyber Director untuk menyunting rakaman kami. Semasa hampir siap menyusun gambar mengikut jalan cerita Pinochio, saya dapati bahawa, kami tidak pandai untuk memasukan sari kata pada setiap paparan dan kami mengalami masalah. Maka kami mengambil keputusan untuk menyunting semula rakaman kami dengan menggunakan Windows Movie Maker. Namun dalam Movie Maker pula, kami tidak dapat memasukan muzik latar pula. Ini merupakan satu masalah yang besar dihadapi oleh kumpulan kami.

3.6 Sebagai langkah terakhir bagi proses penyuntingan, kami telah menyamakan latar suara dengan susunan gambar-gambar. Semasa menyusun gambar –gambar ini, kami telah menghadapi beberapa masalah seperti masa yang suara latar bercerita dan gambar tidak sepadan atau keluar pada satu masa, terdapat sedikit kesilapan. Namun kami dapat memperbaiki serba sedikit dan telah memperbetulkan.



















3.3.1
external image clip_image002.jpgexternal image clip_image004.jpgexternal image clip_image006.jpg
external image clip_image008.jpgexternal image clip_image010.jpg
external image clip_image012.jpgexternal image clip_image014.jpg external image clip_image016.jpg
Gambar-gambar daripada buku cerita


4. Masalah yang dihadapi
4.1 Sukar mencari padanan perkataan yang sesuai dalam bahasa sasaran( Bahasa Malaysia)
Teks asal buku cerita kami dalam bahasa Inggeris, maka terdapat beberapa kesulitan dalam menterjemahkan beberapa perkataan seperti:
‘Playland’
Perkataan Playland dalam teks asal merupakan satu tempat permainan di mana kanak-kanak bermain dan tiada masalah di sana. Kami menghadapi kesulitan untuk memikirkan padanan tersebut. Kami keliru sama ada memilih perkataan ‘taman permainan’ atau ‘taman hiburan’. Oleh itu, kami memilih perkataan ‘taman permainan’. Setelah difikirkan semula dengan lebih mendalam, kami dapati bahawa padanan kami itu kurang tepat dan padanan yang tepat ialah taman hiburan. Padanan tersebut lebih tepat dan mudah difahami oleh kanak-kanak kerana taman permainan lebih kepada tempat yang melakukan senaman atau beristirahat.
4.2 Kesukaran untuk menterjemah frasa
Terdapat beberapa frasa yang diwujudkan oleh penulis asal dalam buku cerita ini, contohnya:
The Field of Miracle – Padang Ajaib
Donkey fever – penyakit keldai
Frasa The Field of Miracle dalam buku cerita ini, telah kami terjemahkan kepada Padang Ajaib. Kami memilih padanan ini kerana kami rasa ia merupakan padanan yang lebih tepat jika dibandingkan dengan frasa padang sakti, atau padang istimewa.
Frasa Donkey fever pula, kami menterjemahkan kepada penyakit keldai. Kami tidak menterjemah fever kepada demam kerana tidak sesuai dengan teks sumber. Maka, perkataan penyakit telah dipilih kerana lebih sesuai dan maksud yang hendak disampaikan lebih dekat dengan pembaca sasaran.
4.2 Kemusykilan dalam membina ayat yang ringkas dan menarik minat kanak-kanak.
Kami telah memilih buku cerita kanak-kanak dan sudah semestinya pembaca sasaran kami ialah kanak-kanak. Maka, kami perlu menterjemahkan buku cerita Pinochio tersebut bersesuaian dengan pembaca sasaran kami iaitu kanak-kanak. Kami sedia maklum bahawa kanak-kanak tidak faham akan ayat yang panjang berjela dan bahasa yang terlalu tinggi. Maka, kami perlu menterjemah buku cerita tersebut seringkas mungkin dan ayat dalam bahasa sasaran perlu pendek dan mudah difahami. Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat memahami audio book kami dan mereka seronok semasa mendengarnya. Antara contoh kata nama yang perlu diterjemah supaya menarik minat kanak-kanak ialah:
Blue Fairy – Si Pari-pari Biru
Fox and Cat – Sang Serigala dan Sang Kucing
Kami menambah imbuhan Si dan Sang bagi kedua-dua kata nama ini supaya dapat menarik minat kanak-kanak dan audio book kami berbau cerita kanak-kanak yang sedia ada di pasaran. Maka, kanak-kanak lebih dekat dengan cerita yang hendak kami sampaikan.

5. Dapatan & Cadangan
Daripada ‘Audio book’ yang telah kami hasilkan, kami dapati bahawa pengetahuan tentang kedua-dua bahasa memainkan peranan yang penting dalam terjemahan mahupun interpretasi. Ini kerana, terjemahan mahupun interpretasi menggunakan bahasa asal dan bahasa sasaran yang berbeza.Oleh itu, pengetahuan tentang bahasa amat diperlukan oleh setiap individu yang berminat untuk menceburi dalam bidang terjemahan mahupun interpretasi.
Setelah siap Projek Kumpulan HBT 307 (PINOCHIO) ini kami dapati bahawa, sekiranya kami diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesalahan –kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang persiapan projek dari segi terjemahan, interprestasi, penyuntingan mahupun pembentangan, banyak yang boleh diperbaiki supaya menghasilkan satu ‘audiobook’ yang berkualiti dan mendapat sambutan.

6. Kesimpulan
Kesimpulanya, sepanjang saya terlibat atau mempelajari Kursus HBT 307 ini, banyak yang telah saya pelajari terutamanya proses penyuntingan rakaman khususnya dengan menggunakan perisian dan keadah –kaedah menginterpretasi. Moga projek ini juga telah memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada rakan-rakan saya yang lain. Kami bangga dengan hasil ‘audio book’ kami yang bertajuk Pinochio walaupun tidak sehebat kumpulan lain kerana ia merupakan titik peluh ahli kumpulan kami. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.Noraini dan rakan – rakan saya yang telah banyak membantu saya tanpa mengenal kaum. Semoga tuhan memberkati usaha baik semua pihak. Sekian terima kasih.

Rujukan:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx
www.pinocchiopictures.com